Monday, December 28, 2009

majlis iftar

PERINGATAN : INI ADALAH ENTRY BARU....TAPI KEJADIANNYA DAH LAMA BERLALU..... HE HE KIRA DAH BASI LAH NIH...TAPI SEBAB NAK CLEAR GAMBAR DLM PC...LETAK JE LAH...

Jumaat lepas ada majlis iftar yang dibuat kat Surau An-Najah...semua dijemput..mama & papa tak gi..segan katanya..so saya 4 beranak yang pergi...

along dgn baju melayu..
kakak dgn tudungnya (pakai baju tidur..so nampak mcm gaya pakai jubah gitu..)
masing2 dapat duit raya sorang satu...sumbangan Badan Kebajikan Islam
main menu adalah nasi beriyani...balik rumah adik beli KFC..makan KFC pulak..hmm kenyang alhamdulillah..


ibu imran & insyirah

Tuesday, December 15, 2009

wabak ciken pok melanda....

dua-dua beradik ni kena ciken pok la....start dgn along...ambik virus dari sekolah dia...nasib baik bila kena tu dah abis exam dan tinggal 1 minggu nak cuti sekolah...tak lama lepas tu jangkit dgn adik dia lak...yang adik pulak kena dekat nak raya..kiranya hari raya tu baru pulih la..malas nak gi mana2..tambahan dgn hujan lak..takut kena dia...beria2 letak ubat..nasib baik xde parut... adik lak siap ada mcm bisul pulak kat dahi dia..betul2 tengah pulak tu...nasib baik kena masa kecil...kalau dah besar baru kena..hish...malu gak wei...cikgu sekolah along bagitau ada member dia kena jangkit...habis sekali dengan mak dia...hu hu..bayangkan kalau orang dewasa kena chicken pok...



ibu imran & insyirah

Tuesday, December 01, 2009

permata hati mama & papa...

jenuh nak suruh semua tengok kamera..berapa kali shot dah...so ini yang ok...nak pujuk along yang sikit2 nak merajuk..kakak ciyah yang bagus bila time ambik gambar dan..mikel yang tak habis2 duk makan ikan dia...

ibu imran & insyirah

Thursday, November 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Salam..

Selamat menyambut hari raya aidiladha..tahun ni raya kat bangi..sama2 dgn semua ahli keluarga..tak balik kg..takut banjir..

pada umat islam yang sedang berada ditanah suci Mekah..semoga mendapat haji yang mabrur..

p/s : hari ni keja half day je..jap lagi nak balik.nak tolong mama masak..menu utk esok adalah nasi impit disebelah pagi dan nasi tomato selepas solat jumaat...

...hari ni disunatkan berpuasa...dan saya ada terbaca artikel tentang mujarabnya berdoa pada ketika umat Islam wukuf pada pukul 5 petang ini...marilah bersama2 kita rebutkan waktu tersebut..



ibu imran & insyirah

Wednesday, November 11, 2009

virus bisul melanda...

hmm...kebetulan pulak naik bisul di tempat yang sama... nampak tak..kawasan tersebut telah di petakkan

semua nak bertenggek kat hidung yang mancccuuuung tu...



ibu imran & insyirah

Tuesday, November 10, 2009

rindunyer...

rindu utk berbloging...

rindu utk bercerita...

rindu segalanya...

sabar ek..tak lama lagi dah..



ibu imran & insyirah

Friday, November 06, 2009

tolong..tolong..

aduhai..bila nak settle problem nih...


ibu imran & insyirah

Friday, October 23, 2009

pc kena virus

aduhai...gue punya pc dah kena serang..tak besh nya...

sekrg ni tumpang pc member..dia takde..gi MARA..tak suke lah gini....

banyak gambar nak di masukkan...banyak cerita nak diceritakan....cerita pasal raya tak habis lagi..bulan syawal dah habis dah...

lagipun sekrg nih tgh mood ganti posa yang banyak nak kena ganti itu...senang ganti siap2...

alahai...wahai cacing kerawit cacing gelang dan seangkatan dengannya..keluarlah engkau dari pc aku tu..fuh..fuh..



ibu imran & insyirah

Wednesday, October 14, 2009

kad raya utk cikgu dari along

w/pun raya dah lepas berlepas lepas lamanya...tp sebab gue bz dan sibuk membz kan diri maka apa cerita psl raya tak sempat nak masuk...so sekrg agak kureng bz dan gambar tu ada lagi maka di gagahkan jugak tulis belog nih..boring gak bila buka blog sendiri hari2 tengok cite sama je kan (perasan sungguh)..tp nak mengupdate banyak punya malas..tp bila dah hupdate smpi berschedule2 lak...(terlebih rajin pulak)

masa nak raya tu along bagi cikgu dia kad raya...

utk cikgu zainah (cikgu kelas)..tak jelas pulok...
utk cikgu fiza (cikgu iqra')
utk cikgu siti (cikgu aktiviti)
ni yang dia tulis & lukis..ibu tulis kat kertas lain suruh dia ikut ler..kang kalau ibu lak yang tulis baik ibu jer bagi kat cikgu ye tak?

tapi lupa suruh along tulis pantun 2 kerat:-
pecah kaca pecah gelas
sudah baca harap balas
tu yang cikgu dia tak balas tu...
tu pasal kad raya tak banyak kat rumah tu...
tapi kan..nak suruh tulis banyak2 mcm mana...tulis yang sikit tu pun dah penuh kad..semua tulisan segedabak...yelah tulisan budak tadika..w/pun tak teratur tapi comel...

ibu imran & insyirah

Monday, October 12, 2009

selamat ulang tahun kelahiran puteri ku sayang

hmmm...hari ini kakak dah 2 tahun..tapi ibu masih ingat pengalaman beraya kat hospital sebab kakak lahir sehari sebelum raya..operation lak tu..sebab doktor cakap air ketuban dah kurang..takut kakak lemas..bila ibu dengar tu..tak kisah lah..operation ke ape ke..buat lah janji kakak selamat...ibu rasa takut pada 'kemungkinan' yang akan berlaku...risiko..yelah nak dapatkan along dulu pun ibu dah lalui pelbagai ujian..so tak kan ibu nak memperjudikan nasib kakak ye tak...tak kisah lah beraya kat hospital pun..tp apa yg penting lepas ni kena plan betul2..tak nak lagi beraya di hospital utk kali yang ke 2...
kakak masa baru berusia 1 hari..
baru botakkan kepala..buang rambut dalam perut..masa ni tengah kuat menangis tak nak kat org..dgn ayah pun tak nak..boleh cam sapa yang pegang dia..hanya ibu & mama yang authorise boleh pegang dia...
kakak memulakan langkah yang pertama...semoga kakak menjadi anak yang solehah dunia & akhirat..doa ibu sentiasa mengiringi kakak...
Amin...

ibu imran & insyirah

Saturday, October 10, 2009

kakak kena marah...

cian kakak kena marah smpi nangis gitu sekali...sedih pulak ibu tengok..tetiba rasa rindu kat kakak..tp takpe..jap lagi ibu sampai rumah ek...
sayang kakak...

ibu imran & insyirah

Wednesday, October 07, 2009

sebuah keluarga yang sempurna

gambar ni diambil masa adik konvo sebelum puasa hari tu..cukup lengkap..masa saya konvo..mikail duk dalam perut mama dia..tak nampak..so sekrg semua dah ada..mama & papa mcm pengantin lak...dah la pakai warna kuning..raja sehari..keh keh..yang 4 org berdiri tu (pengapit adik) especially yg lelaki..nmpk sgt pakai t-shirt..dan saya sekali..tak kuasa mak nak pakai sopan santun dlm keta..tu yg sambar kot tu..dan labuhkan tudung..nak cover t-shirt tu..kedai tu pulak ada 3 kot ajer...nasib baik baju safiah tu ok..bab pakaian tu jgn komplen ek..sebab tak bawa pakaian yang formal..

tu pun berapa kali shot gmbr nak bagi mikail pandang kamera...

ibu imran & insyirah

Tuesday, October 06, 2009

dua beradik ni...

kakak kalau tidur mesti nak pegang tangan..x dpt pegang tgn ibu pegang tangan along pun jadikla...



ibu imran & insyirah

Monday, October 05, 2009

lady driver

berlagak la tu...
ceh macam terer je bawak keta...
yelah baru lepas isi minyak... (sila lihat botol yang dah kosong yang disebelah kiri anda)....


ibu imran & insyirah

Friday, October 02, 2009

Article : GMI BUKTI KEUPAYAAN

petikan dari berita harian hari ini..vangga acik!!

Laman IPTS: GMI bukti keupayaan
Oleh Basir Zahrom
Kampus baru di Taman Universiti Kajang mampu menampung 5,000 pelajar pada satu masa.

Bersedia untuk naik ke taraf kolej universiti. GERMAN-Malaysian Institute (GMI) yang ditubuhkan hasil idea bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed sejak 17 tahun lalu, kini mengorak langkah untuk bergelar kolej universiti dua tahun lagi. Sebagai institut kerjasama antara Malaysia dan German yang diasaskan Mara serta Malaysian German Chamber of Commerce & Industry, institusi berkenaan sudah bersedia ke arah penarafan itu dengan membuktikan keupayaannya menghasilkan ramai tenaga kerja mahir yang mendukung aspirasi Malaysia sebagai negara maju menjelang 2020.

Pengarah Urusannya, Yusoff Md Sahir, berkata menjadi harapan setiap institut untuk dinaik taraf menjadi kolej universiti mahupun universiti dan pihaknya tidak mahu ketinggalan dalam mencapai matlamat itu. Beliau berkata, bukan mudah mencapai sasaran itu, jadi pihaknya giat mengatur strategi dan berusaha keras untuk mendapatkannya serta dalam masa sama memainkan peranan dalam memenuhi keperluan sektor perindustrian negara. Katanya, dengan status itu, GMI akan dapat menambah program baru sesuai kehendak pasaran dan seterusnya enrolmen pelajar juga digandakan lebih-lebih lagi apabila kampus di Taman Universiti Kajang yang mampu memuatkan 5,000 pelajar beroperasi.

pelajar menerima latihan kemahiran yang sama seperti yang diguna pakai dalam industri sebenar.

"Bermula dengan kampus di Taman Shamelin, Cheras, Kuala Lumpur pada 1992, kami hanya mampu mengambil 59 pelajar, namun di atas permintaan tinggi pihaknya menggandakan pengambilan dua kali setahun iaitu Januari dan Julai sehingga enrolmennya meningkat kepada 1,400 tahun lalu. "Apabila berpindah ke kampus Kajang, jumlah itu dijangka bertambah kepada 1,900 yang akan mengikuti diploma Elektronik Industri dan Teknologi Produksi, persediaan prauniversiti ke Jerman membabitkan program kritikal terutama kejuruteraan di Bavaria, Baden-Wuerttemberg, Hessen, North Rhine -Westphalia serta Program Latihan Guru Teknikal," katanya kepada Berita Harian, baru-baru ini. Beliau berkata, sukatan pelajaran di GMI diambil dari Jerman khususnya membabitkan bidang Elektronik & Teknologi Maklumat, Mekatronik, Proses Instrumentasi & Pengawalan serta Keselamatan Rangkaian (Elektronik Industri) dan Mould, Tool & Die, Product Design & Manufacturing, Computer Numerical Control (CNC) untuk Teknologi Produksi. "Selain itu, kami juga mengadakan kursus jangka pendek untuk tenaga kerja dalam industri serta mereka yang berminat, khidmat nasihat dan terbabit dengan projek industri,” katanya.

Yusoff berkata, GMI juga diberi kepercayaan kerajaan menjadi konsultan bagi menggerakkan beberapa inisiatif seperti 'Sistem Latihan Dual Nasional' dan 'Pro 3 Based Learning (project, problem, production)'. “Perbezaan GMI dengan institusi lain adalah pengajarannya menerapkan situasi sebenar alam pekerjaan serta menggunakan teknologi dan mesin sama seperti digunakan industri,” katanya.
ibu imran & insyirah

Thursday, October 01, 2009

01 Oktober 2009

hmmm hari ni dah 01 Oktober tp tak hupdat apa2 pun kat blog..kalu blog org lain cerita psl raya dah basi dah..aku duk peram lagi gambar raya tu..padahal ada majlis tunang sepupu lagi masa raya tu..tp tak tahu nak hupdate bila..tunggu che mud datang dulu..lagipun sekrg nih tgh duk ganti puasa..duk kira2 berapa hari nak kena ganti..tengok2 smpi masuk bulan Zulkaedah..nasib bain tak masuk smpi Zulhijjah...kalau tak raya haji terus...



ibu imran & insyirah

Saturday, September 19, 2009

Ramadhan yang ditinggalkan..

hari ini, Insya-Allah Ramadhan akan melabuhkan tirainya utk memberikan fajar Syawal menjelma...

bagaimana dengan ibadah yang telah dilaksanakan?adakah kita sempat bertemu dgn malam yang bersamaan dgn 1000 bulan itu?...

rasa sedih pulak mengenangkan...adakah berkesempatan lagi utk bertemu dgn Ramadhan di tahun hadapan???

yang pastinya aku bersyukur tahun ini aku dapat berbuka puasa dgn keluarga..en. mer..
dgn mama & papa, adik2..dan aku juga bersyukur tahun ni along berjaya berpuasa (w/pun tinggal 3 hari), itu dah cukup memberi kepuasan pada diriku, dalam usaha utk mendidik dia dgn latihan berpuasa...

tahun depan mcm mana..



ibu imran & insyirah

Friday, September 18, 2009

hari ini half day..

hari ini mgmt bagi cuti free utk 1/2 hari..dan wajib ambik cuti 3 hari tu (rabu, khamis & jumaat)..sebab nak tutup terus for the whole week...syukur alhamdulillah...

ingat pulak masa zaman keja bank & ssm dulu..bila time cuti raya..kena ikut giliran..kalau tahun depan ambik cuti sebelum, tahun ni boleh ambik cuti selepas..kalau dapat giliran selepas best lah..tapi kalau dapat sebelum..raya ke-2 kena balik kl dah..huh..boring sungguh..yelah bila keja yang deal dgn public gitu la ek..bila deal dgn student ni..mcm ni lah..student lagi suka bila xde kelas direct 1 minggu..

tapi tu cerita zaman dulu2....sekarang nih alhamdulillah..Allah bagi rezeki keja sini & sejak keja nih dah sambut raya utk tahun ke-2..tak de masalah cuti..cuma ada cuti ke tak de cuti jer..

oleh kerana dah dapat half day petang..maka secara automatiknya boleh balik kul 11.30 pagi.. he he..jgn jeles...balik packing barang & buat kek utk bawa balik kg..la la..

so dikesempatan ini, saya memohon maaf andai tulisan saya selama ini yang secara sengaja (he he) atau tak sengaja (x tahu tu) yang mengguris perasaan anda....dan apa pun kritikan anda yang ditulis (yang saya baca) atau yang diperkatakan (yang saya tak dengar)..telah pun saya maafkan....

selamat balik kg..pandu berhati2..ingatlah org tersayang...

p/s : kalau ada entry dlm minggu raya tu adalah auto publish punya...kalau nak tahu cerita pasal balik kg...nantikannya selepas raya....



ibu imran & insyirah

Thursday, September 17, 2009

sudah sampai ajalnya...

ikan ni saya letak kat office..lebih tepat lagi atas meja..bila sampai pagi tadi tengok air dalam bekas tu kosong jer..dan kertas yang tutup bekas tu dah jatuh kebawah..dah agak dah..mesti ikan dah lompat keluar ni..
memang betul pun..tengok dah keras..ni ikan laga..kaler biru..en. mer yang pilihkan..w/pun harganya murah..tapi terhibur tengok dia berenang-renang..

sekarang dah takde..lepas raya nanti nak beli lain lah..nasib baik jugak dia menemui ajalnya sebelum raya..kalau tak susah hati saya nak tinggalkan dia untuk bercuti raya..yelah seminggu tak makan kan..tak kan nak usung bawa balik ke kampung kot..

sedihnya..

pergi tak kembali...


ibu imran & insyirah

Wednesday, September 16, 2009

tika fajar menyinsing

gambar ini diambil pagi tadi..clear nampak awan & matahari..

ibu imran & insyirah